Alangkah baiknya kemudahan serupa dapat disediakan di Hospital Seremban. Ini 
memandangkan tempat letak kereta awam di Hospital Seremban di bawah kaki bukit, 
manakala bangunan hospital terletak di puncak bukit. Walaupun terdapat 
pekhidmatan “shuttle bus”, kekerapannya amat terhad dan tidak disediakan 
perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.
 
Hospital P.Pinang Sedia Kemudahan Kereta Buggy
 
GEORGE TOWN, 26 Mac 2012 (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal 
menyediakan kemudahan kereta buggy bagi memudahkan golongan tertentu. 
 
Kenderaan itu akan membawa pesakit dan orang awam yang tidak mampu berjalan 
dari kawasan letak kereta bertingkat sehingga ke lobi utama hospital dan 
kawasan sekitar hospital.
 
http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=654914 

Kirim email ke