Pada 20 Feb 2012, Saudara Azizi selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau dalam 
Facebooknya telah menyiarkan artikel mengenai cadangan membina Hospital Rembau 
dimana gambar menunjukkan kawasan industri lot kosong milik PKNNS telah 
diratakan dan dipagar sekelilingnya.
 
Laman web JKR memaparkan tender untuk Hospital Rembau yang dikeluarkan setakat 
ini hanya Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah, yang tarikh tutup tender ini ialah 
pada 27 Mac 2012. Apakah proses kerja-kerja tanah sebelum ini, memagar 
sekeliling kawasan berkenaan dan meletakkan papan tanda bukan Kerja-kerja Tanah?
 
Bila pula hendak dikeluarkan tender Fasa 2 dan beberapa Fasa lain hingga siap 
sepenuhnya Hospital Rembau ini? Harus diingatkan Majlis Perletakan Batu Asas 
Hospital Rembau ini telah diadakan secara besar-besaran pada Mac 2008 yang 
dihadiri pada ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan dan calon Umno untuk 
Parlimen Rembau.
 
Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - 
Kerja-kerja Tanah) 
Tarikh Iklan  27/02/2012 
Tarikh ditutup  27/03/2012 
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031 
 
Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.html
 
 
PKNNS menawarkan harga hampir RM 1 juta untuk seekar tanah iaitu RM 958,320.00 
untuk tanah Hospital Rembau (RM 22.00 untuk sekaki persegi) .
 
Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan 
Keretapi Berkembar dibayar pampasan RM 52,272.00 seekar (RM 1.20 sekaki persegi)
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html 

Kirim email ke