Pada 27 Mac 2012 anak saya yang mengambil SPM 2011 telah mengisi permohonan ke 
IPTA secara online melalui UPU iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau 
lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian 
Pengajian Tinggi Malaysia. Pada mulanya terkial-kial juga anak saya nak isi 
borang online ni.

Akhirnya saya terpaksa membantu. Saya pun pening kepala juga mulanya tengok 
anak saya isi borang ni. Kena baca dulu prosedurnya satu demi satu. Masuk 
macam-macam data, lepas tu semak apa bidang yang boleh, semak pula apa IPTA 
yang tawarkan kursus yang boleh diambil. Akhirnya selepas beberapa jam depan 
komputer barulah dapat.

Tarikh tutup permohonan ialah 2 April 2012. Dalam hati saya terdetik, anak saya 
ni sekolah di bandar, ada kemudahan internet yang laju di rumah, ada orang yang 
boleh bantu. Macamanalah nasib anak-anak kita di kampung, di pedalaman atau 
mungkin ramai juga yang dibandar, di rumah pangsa, perumahan rakyat yang tiada 
kemudahan internet, yang tiada ibu bapa atau kakak abang membimbing mereka 
mengisi borang secara online ini selama berjam-jam?

Adakah sengaja permohonan online ini disusahkan supaya tak ramai yang mohon 
IPTA , agar ramai yang gagal dalam permohonan IPTA ini akhirnya terpaksa 
belajar di IPTS yang kosnya begitu tinggi?

Oleh itu saya harap semua pihak peka akan isu ini, akan nasib anak-anak kita, 
nasib anak bangsa kita. 

Kalau perlu, dilanjutkan permohonan UPU ini ke satu tarikh yang sesuai 
sekiranya didapati masih ramai belum memohon, atau ada yang memohon tetapi 
tersilap isi maklumat. Kalau permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh 
dilanjutkan permohonannya, kenapa tidak UPU?

Rozmal http://waghih.blogspot.com 

************** 
5 Isu Permohonan UPU

Berikut adalah maklumat yang diterima dari pihak UPU bekenaan masalah 
permohonan UPU terbaru. Informasi adalah dikongsi bagi mempermudahkan urusan 
dan masalah pemohon.

1. Tidak dapat mengemaskini permohonan 
2. Tahun spm & angka gilir tiada/blank
3. Nama tertukar dengan pemohon lain 
4. Tiada ruangan untuk isi keputusan spm/stpm 
5. Hilang no. Unik id 

http://www.xpresi.org/5-isu-permohonan-upu/ 

26 March 2012
Isu-Isu Pengisian Borang Permohonan UPU Lepasan SPM

Malam tadi ketika menghantar ibu mentua ke klinik, JR terdengar perbualan dua 
orang awek yang kebetulan berada di sisi JR:

Awek  A: Hang dah hantaq ke UPU permohonan nak masuk IPTA  ka?
Awek  B: Dah...Hang pulak?
Awek A: Belum. Tengah isi la tadi, ni kena hantaq mak ngah mai klinik 
pulak...Errr..aku ada problem sikit la masa isi permohonan tu..
Awek B: Apa problemnya tu?
Awek A: Aku dok isi tapi tak nampak ruang untuk isi result SPM aku pun, hang 
isi dulu cam na? Tak kan tak payah isi result SPM kot? Habis cam na UPU nak 
timbang permohonan jika dia tak tau kelulusan kita?
Awek B:  Aku dah isi. Memang tak dak ruang untuk isi kelulusan kita pun. Aku 
pun tak tau...mungkin UPU link exam result tu dengan Kementerian Pelajaran kot, 
aku agak la...

http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/03/isu-isu-pengisian-borang-permohonan-upu.html
 

Borang Permohonan Online Kemasukan UPU Sesi 2012/2013 

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat 
Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah 
mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam 
(IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :

1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian 
peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012 
2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional 
(TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program 
peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012. 

Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011 
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012 
 
http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/2012/03/borang-permohonan-online-kemasukan-upu.html
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke