Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi kakitangan serta 
peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap 
aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang 
mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di 
http://kilatmalaysia.blogspot.com 
 
Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat
 
29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak 
risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi 
sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti 
bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.
 
Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan 
modem dan peralatan komputer. 
 
Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih 
daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.
 
Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan 
berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku 
sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu 
bahaya kepada penghuni ataupun tidak.
 
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
 

Kirim email ke