Anwar dedah cara tangani PTPTN
Mac 31, 2012

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa
tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa
bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban
itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog
bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh
daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran
untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat
kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa
ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu,
antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun
enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya
akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

http://www.malaysiakini.com/news/193738 

Kirim email ke