Sebagai peringatan kepada kita semua dalam kesibukan tugasan harian kita, maut ada di mana-mana. Rasulullah saw pernah ditanya: “Siapakah orang-orang beriman yang lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda : Mereka yg lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak” (hadis riwayat ibn Majah).
1 Apr 2012 TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin. Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik. Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik. Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

