Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan. Berapakah pampasan yang akan diberikan kepada orang kampung sekiranya tanah mereka diambil untuk pembinaan kampus UiTM ini? Adakah ianya seperti tawaran tanah PKNNS di Chembong untuk pembinaan Hospital Rembau iaitu RM 958,320.00 seekar bersamaan dengan RM 22 sekaki persegi? REMBAU, 31 Mac 2012 – “Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak.” Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi. SEREMBAN 31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Sumber : http://n9kini.com/uitm-cawangan-negeri-sembilan-yang-ketiga-bakal-di-bina-di-rembau-menteri-besar http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

