(Bukankah hari tu Perdana Menteri kita ada melawat Port Dickson merasmikan 
Rumah Mampu Milik? Macamana boleh terlepas masalah tentera di Taman Desa 
Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson ni?)
 
Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan 
rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port 
Dickson.
 
Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun 
menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat 
....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji 
saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal 
mendapat sijil layak menduduki.
 
Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya 
berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki 
rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45. 
 
Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk 
tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri..
 
Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam 
masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin 
terhadap rakyat Malaysia..
 
Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini 
sila e-melkan ke [email protected] 
 
CARIAN GOOGLE :
 
Nama projek : Taman Desa Pingitan
Nama Pemaju :  Actral Fairway Sdn. Bhd.
Lokasi :  Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.Sembilan
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-479351.html 
 
Desa Pingitan,  Actral Fairway Sdn. Bhd.
http://www.propnet.my/projects.php?state=0&city=&cat=0&group=0&type=0&sort=city&order=desc&page=261
 
 
SENARAI PEMAJU GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012
7 ACTRAL FAIRWAY SDN BHD
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/pemaju_senarai_hitam/feb12/gagal_bayar_kompaun.pdf
 
Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB 
March 24, 2012 
 
PORT DICKSON, 24 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar 
Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun 
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, 
lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 
70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak 
mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. 
Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, 
Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik 
terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20’ x 55’ dengan 
mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut 
menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah 
mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu 
kelak hanya membeli rumah ini dengan
 harga RM42,000 sahaja.
 
http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb
 

Kirim email ke