Ini adalah masalah kita bersama. Usaha dakwah, kaunseling serta motivasi di 
kalangan para peneroka juga keluarga para peneroka harus diperhebatkan oleh 
semua pihak untuk melahirkan generasi yang bertakwa. "Kamu adalah sebaik-baik 
umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyeru kepada yang ma'ruf dan 
mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110) 
 
Tiga beranak lalok dicekup
3 Mac 2012 
 
JEMPOL: Memalukan apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi contoh, dicekup 
ketika sedang khayal dengan dadah bersama suami dan anak gadisnya di sebuah 
pondok kebun getah berhampiran Felda Palong 15 di sini.
 
Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang Khamis lalu, tiga beranak berusia antara 
30 dan 50-an itu ditahan bersama tiga lelaki lain yang juga berusia lingkungan 
sama di pondok berkenaan. 
 
Sumber polis berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan pihaknya 
mengenai kewujudan lokasi penagih dadah itu. 
 
“Ketika serbuan, dua lelaki cuba melarikan diri, namun ditahan dan seorang 
daripadanya mencampakkan kotak rokok. 
 
“Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan plastik dan satu tiub disyaki 
berisi dadah jenis heroin seberat 14.58 gram (g) dalam kotak itu,” katanya di 
sini, semalam. 
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaberanaklalokdicekup/Article/index_html
 

Kirim email ke