Telah acap kali saya menulis mengenai sejarah dan adat di Negeri Sembilan ini. 
Bagaimana sejarah kerajaan Rembau telah bermula lebih 600 tahun dahulu. 
Bagaimana tentera kerajaan Rembau yang banyak melakukan serangan ke atas 
tentera penjajah Portugis. Bagaimana banyak kesan sejarah, masjid lama, makam 
yang tidak terurus. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah mengeluarkan manifesto 
di mana Tonggak yang ke 9 berbicara mengenai Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat.

Setakat mana keseriusan kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini dalam 
memperkasa warisan di Negeri Sembilan ini, adakah ianya sekadar manifesto? 

Buat permulaan, keluhan oleh seorang aktivis Lembaga Muzium Negeri Sembilan 
dibawah ini harus diberi perhatian serius oleh pimpinan Pakatan Rakyat di 
Negeri Sembilan ini. 

Petikan dari Blog Nagari Nan Tua ;

Apabila saya membaca berita ini, perasaan cemburu dan bangga saya dengan 
Kerajaan Melaka melalui PERZIM begitu bersungguh-sungguh memartabatkan sejarah 
dan warisan yang ada di Melaka. Perkara ini amat berbeza di Negeri Sembilan. 
Jika hendak dibandingkan mengenai warisan dan sejarah Negeri Sembilan tidak 
kurang hebatnya. Saya pernah bertanyakan kepada Pengarah LMNS  mengapa 
rumah-rumah pembesar seperti rumah Dato' Undang Abdullah Dahan (Undang Rembau 
ke 18 & salah seorang yang terlibat di dalam usaha menubuhkan Rejimen Askar 
Melayu) dan rumah Tun Malek (Menteri Besar Negeri Sembilan dan TYT Melaka yang 
pertama) tidak dijaga dan dipulihara. Jawapan yang diterima ia berada di bawah 
bidang kuasa Jabatan Warisan Negara.

Ini diburukkan lagi apabila semua agensi yang berkaitan melaksanakan aktiviti 
yang sama. Sebagai contoh, semua agensi menganjurkan aktiviti mengenai adat dan 
kebudayaan. Semuanya menjurus kepada hiburan. Tiada aktiviti di dalam bentuk 
ilmiah yang boleh disebarkan kepada golongan muda. Adakah Negeri Sembilan hebat 
dari segi adat dan budayanya sahaja. Bagaimana dengan sejarahnya? Atau golongan 
muda Negeri Sembilan hanya layak disogokkan dengan hiburan. Saya tidak faham 
bagaimana kita hendak memartabatkan adat dan budaya sekiranya generasi akan 
datang tidak tahu dan memahami sejarah masyarakatnya. 

Memang tidak dinafikan, terdapat beberapa seminar dan taklimat dianjurkan oleh 
LMNS. Namun ia lebih bersifat ilmiah dan akademik sehingga tidak menarik minat 
golongan muda menghadirinya. Tambahan pula, ia tidak dibuka untuk orang ramai. 
Hanya Dato'-Dato' Lembaga dan individu tertentu yang dijemput menghadiri 
seminar. Saya beberapa kali mencadangkan bual bicara atau sembang petang yang 
berbentuk santai dianjurkan bagi menarik minat golongan muda mengetahui 
sejarah, warisan, adat dan budaya Negeri Sembilan. Bukan setakat itu, program 
ini boleh diselang selikan dengan bual bicara buku. 

Dipetik dari 
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/untungnya-mereka.html 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke