Kalau golongan yg dipanggil "sufi" itu masih berpegang kpd SYARIAT.. selamat 
lah dia..

 Golongan sufi (atau apa2 jenis kelompok) yg tak berada atas landasan Al Quran 
& Sunnah -
 maka tak selamat lah dia !

 Kelompok sufi yg dikritik oleh ulama itu ialah dari golongan yg terang2 
sesat.. yg percaya kpd
 WAHDATUL WUJUD.. dan segala fahaman yg bercanggah dgn aqidah islam.
 Juga mereka yg bertawassul kpd org yg telah mati dan berdoa dgn menyeru Ahlil 
Kubur...

 Kita memuliakan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani... sebab beliau berada pada 
landasan Al Quran & Sunnah !
 (beliau merupakan tokoh Ulama Ahlu Sunnah yg mengikut mazhab Hanbali)

 Tapi pengikut tarekat yg menamakan tarekat mereka sbg Qadiriyyah - tak de 
jaminan yg mereka ni betul2
 ikut ajaran Syeikh Abdul Qadir Al Jilani !.... (walaupun tarekat mereka 
dinamakan bersempena nama
 Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani..)

 Kita pun tak tahu sejauh mana benarnya dakwaan mengatakan tareqat Qadiriyyah 
diasaskan oleh
 Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.. (tak de bukti yg sahih... )




----- Original Message -----
From: Rozmal bin Malakan
Sent: 03/31/12 11:45 PM
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], 
[email protected], 
[email protected], [email protected]
Subject: [Islah-Net] Peranan Golongan Sufi dalam Pilihanraya

 Sebelum ini seorang ahli sufi yang tidak terlibat dalam politik sering 
memberitahu saya bahawa golongan sufi ada cara mereka sendiri untuk membantu 
menegakkan syiar Islam baik sewaktu aman apatah lagi sewaktu peperangan dan 
pilihanraya. Saya bersetuju dengan pendapat ahli sufi tersebut, tapi ahli sufi 
tersebut memberitahu saya ramai yang tidak setuju dengan pendapat dia. Tadi 
saya menghadiri satu kuliah di surau oleh seorang ahli sufi juga, tapi dari 
tarekat yang lain. Ahli sufi tadi juga memberitahu peranan ahli sufi adalah 
besar dalam peperangan.

 Beliau memberitahu dalam satu peperangan antara tentera Islam dan tentera 
Perancis, satu golongan sufi yang diketuai oleh seorang ulama yang begitu 
terkenal di waktu itu telah berzikir sebanyak 70,000 kali sebelum melepaskan 
tentera Islam pergi berjihad. Dan zikir tersebut menjadi amalan selepas solat 
satu tarekat di Negeri Sembilan.

 Semoga dua artikel di bawah ini dapat membuka minda kita semua akan peranan 
ahli sufi dalam pilihanraya nanti. Saya tertarik dengan artikel kedua, peranan 
ahli sufi di Minangkabau sewaktu pencerobohan Belanda dan Inggeris.

 Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf
 Oleh Ketua Urusan Ulama Hulu Langat

 Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha 
menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa 
dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana 
di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di 
dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan 
umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun 
menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

 Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf 
yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada 
zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat 
bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, 
Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

 Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir 
al-Jailani dengan katanya : “Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis 
(ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi 
usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata 
yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan 
bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka 
itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka 
menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

 Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah 
dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad.

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/02/dakwah-dan-jihad.html 

 Kaum Sufi dalam Sejarah di Minangkabau

 Salah satu kritikan terhadap kaum sufi khususnya kaum tarekat adalah sikap 
pasif dan apatis mereka terhadap peristiwa-peristiwa politik dan sosial.

 Menurut pengkritik, kaum sufi hanya sibuk memutar tasbih dan berzikir, terlena 
dengan pencarian spiritual yang individualistis. Mereka pun dituding suka 
melakukan kompromi dan asimilasi dengan penguasa dan status quo demi cari aman.

 Kritikan seperti ini bisa dijustifikasi pada sebagian kasus dan pada sebagian 
tempat, tapi bahwa seluruh kaum sufi atau kaum tarekat seperti itu tampaknya 
perlu dipikir ulang. Kali ini kita lihat secara sederhana sebagian peranan kaum 
sufi/tarekat dalam sejarah perang kolonial di Minangkabau.

 Perjuangan fisik kaum sufi di Minangkabau sebelum kontak dengan Eropa (VOC, 
Inggris, kemudian Kerajaan Kolonial Belanda) masih sangat sedikit diketahui. 
Baru setelah VOC masuk dan konfrontasi dengan penduduk pribumi tak 
terhindarkan, tercatatlah sejumlah ulama Minangkabau semisal dari Pauh dan 
Kubung XIII yang menyerang markas VOC di Padang.

 Di Minangkabau sendiri, kecemasan bahwa kaum tarekat bisa jadi ancaman Belanda 
sejak awal tergaung dalam pandangan penulis seperti Verkerk Pistorius (1867). 
Bahkan pada 1890, Gubernur Jenderal Hindia Belanda saat itu menugaskan Gubernur 
Sumatras Westkust (Sumatera Barat) untuk melakukan pengawasan dan pendataan 
terhadap surau-surau tarekat di Minangkabau.

 Selanjutnya di 
http://hariansinggalang.co.id/kaum-sufi-dalam-sejarah-di-minangkabau 

 

Kirim email ke