Terima kasih diucapkan kepada laman web
Mykmu dan Tepak Bersulam kerana memberi respon pantas dengan
mengatakan ADUN Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
sebagai bodoh dan bangang dalam isu kos RM 4.36 bilion PLKN boleh
menaja 622,857 orang penuntut ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Semoga ini akan membuka mata rakyat
untuk meneliti banyak isu dan permasalahan rakyat yang dibangkitkan
oleh ADUN Paroi sebelum ini antaranya isu pampasan tanah orang
kampung di Rembau sebanyak  RM 52,272 seekar untuk beberapa projek
kerajaan sedangkan PKNS menawarkan untuk Projek Hospital Rembau pada
harga  RM958,320 seekar.

Begitu juga isu perumahan terbengkalai
di Parlimen Rembau sejak tahun 2005. Isu janji kerajaan Barisan
Nasional untuk membina kampus UiTM dan Landasan Kapal Terbang di
Rembau pada tahun 2008. 

Juga isu pembaziran apabila pelatih
PLKN yang akan mula mendaftar pada 1 Mei 2012, ada diantaranya yang
akan mendaftar di IPTA pada 27 Mei 2012. Begitu juga pembaziran modul
khas untuk pelatih PLKN yang 8 peratus adalah buta huruf dan ada yang
mempunyai masalah kegemukan.

Begitu juga dalam isu pemotongan elaun
RM 1,500 setiap bulan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri
Sembilan. Juga pengorbanan 50 peratus elaun ADUN Paroi untuk
kepentingan rakyat di DUN Paroi.

Semua isu-isu ini dihuraikan secara
panjang lebar sebelum ini di bawah ini : 

Kos pelatih PLKN lebih besar dari
pinjaman PTPTN 
Harakahdaily, 06 Apr 2012 

SEREMBAN, 6 April: Demikian kata
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas
kenyataan kerajaan baru-baru ini. Beliau menambah sebanyak RM4.36
bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. Jumlah
RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan
pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi
ijazah pertama di IPTA selama setahun.  Selanjut di 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn

Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina,
Rembau sejak tahun 2005. Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html

Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta

Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan
tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM
2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau
akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut
adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini
mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital
ialah RM 122.6 juta?  Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kos-tanah-hospital-rembau-rm-4264-juta.html
 

Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN
Chembong 

PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong
sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi
oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau –
Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan
Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada
diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau
RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian
Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki
persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah
penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan
menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti.  Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html 

Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program
PLKN 

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36
bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36
bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun
kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.

Pada 1 Mei 2012 akan diadakan
pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012
ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program
Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat
panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu
untuk latihan PLKN. 

Begitu juga dengan angka 8 peratus atau
6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan
satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf. 

Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih
PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN
sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang
kegemukan.  Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/bukti-pembaziran-rm-436-bilion-program.html

MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di
Rembau selepas 4 tahun 

Pada awal tahun 2008 Menteri Besar
Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan
sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada
31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan
mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan
yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal
cadangan.  Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html
 

Landasan kapalterbang Rembau di Batu
Hampar 

Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau
akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina
landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri
Sembilan. Selanjut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/landasan-kapalterbang-rembau-di-batu.html
 

ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan
berkorban demi rakyat 

Sebaik sahaja kerajaan BN hampir
tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun
2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan
memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari
Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos
pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri.

Walaupun Datuk Seri Mohamad Hasan
mengumumkan untuk memotong elaun pengurusan pejabat ADUN, namun ADUN
Paroi telah menyumbangkan50 peratus dari gajinya setiap bulan untuk
digunakan untuk tabung rakyat Paroi.  Selanjut di 
http://pasns.blogspot.com/2012/01/adun-pakatan-rakyat-nsembilan-berkorban.html 

Kirim email ke