Permasalahan rakyat yang tiada rumah tetap untuk berteduh sudah menjadi fenomena biasa ketika ini. Semoga anak keluarga ini yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2011 mendapat tempat di IPTA tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN.
Tiga kali berpindah rumah 7 April 2012 PANTAI - Sebuah keluarga terpaksa berpindah rumah tiga kali setelah tuan rumah mengarahkan mereka keluar kerana mahukan kembali rumah yang disewa. Maizarah Abdullah, 50, berkata, dia sekeluarga terpaksa mengosongkan rumah yang disewa berikutan tuan rumah mahukan kembali rumah mereka. Menurutnya, ini kali keempat dia menyewa rumah dengan bayaran RM150 sebulan. “Saya sudah beberapa kali membuat permohonan rumah rakyat tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan,” katanya. Maizarah berkata, dia tidak berhasrat untuk membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana tidak memiliki tanah sendiri. “Saya lihat banyak rumah rakyat yang tidak didiami, oleh itu saya berhasrat untuk memohon tinggal secara tetap kerana tidak sanggup lagi hidup menyewa. “Tambahan pula saya lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu akibat diserang angin ahmar dan hanya bergantung harap pada suami, Bahari Shaharuddin, 45, yang bekerja kilang,” katanya. Katanya, pendapatan suaminya sebanyak RM1,200 sebulan digunakan untuk menampung kehidupan mereka lima beranak. “Saya turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak lima tahun lalu,” katanya. Menurutnya, dia berharap agar anaknya, Nur Syahirah, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dapat dibantu. Nur Syahirah ketika ditanya, berhasrat melanjutkan pengajian di maktab perguruan bagi mencapai cita-citanya menjadi guru. “Saya hendak buktikan kesusahan yang dialami keluarga bukan penghalang untuk saya berjaya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Dhurah. Sementara itu, kesukaran keluarga Maizarah untuk mendapatkan sebuah rumah tetap mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim. Mustafa berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan bagi mencari rumah sesuai buat Maizarah sekeluarga. “Kita akan memohon mana-mana rumah kosong untuk keluarga ini bagi meringankan beban mereka yang terpaksa menyewa,” katanya yang hadir melawat Maizarah di Rumah Rakyat Pantai, dekat sini. http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-kali-berpindah-rumah-1.38186 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

