Merujuk kepada peristiwa 15 pelajar di Melaka terkena petir pada 8 April 2012 
yang terlibat dalam perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Ketua 
Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ibu bapa tak perlu risau kerana 
perkhemahan itu diselia dan dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang 
mempunyai pengalaman luas dengan aktiviti seumpama itu.

Eloklah kalau ATM mempunyai kepakaran dalam bidang petir ini, kerana menurut 
akhbar The Star , Malaysia adalah merupakan Kotaraya Petir Asia serta negara 
kedua tertinggi di dunia yang menerima panahan petir setiap tahun.

Sebelum ini setahu saya mereka yang pakar dalam bidang petir ini ialah 
Universiti Putra Malaysia iaitu Centre of Excellence on Lightning Protection 
(CELP) www.eng.upm.edu.my/celp 

Mungkin ATM telah mengambil iktibar dari kejadian dua anggota tentera maut 
akibat dipanah petir ketika menjalankan rondaan mencegah pendaratan pendatang 
asing tanpa izin (PATI) seperti dilaporkan di 
http://kilatmalaysia.blogspot.com/2009/10/anggota-tentera-maut.html 

Dalam kejadian pada 8 April 2012, para pelajar telah diarahkan berada dalam 
khemah ketika ribut mula melanda. Apabila petir menyambar, mereka sedang 
berbaring di atas katil besi. Adakah ini tindakan yang harus dilakukan dalam 
situasi sedemikian? Saya bukan pakar, pihak media boleh tanya sendiri ATM dan 
CELP. 

Apa pun sebagai umat Islam , kita yakin bawa ajal maut itu adalah ketentuan 
Ilahi. Kita hanya berusaha yang terbaik dan bertawakal.

******** 
15 pelajar terkena petir dikejar ke hospital

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengesahkan kejadian tersebut 
berkata kesemua pelajar itu mengadu sakit badan selepas kejadian panahan petir 
di kawasan perkhemahan itu kira-kira 5.30 petang tadi.

Katanya ibu bapa pelajar yang terlibat dalam perkhemahan tersebut dinasihatkan 
agar tidak berasa bimbang dengan keadaan anak masing-masing kerana perkhemahan 
itu diselia dan dipantau oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai 
pengalaman luas dengan aktiviti seumpama itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
 

Monday April 9, 2012
15 students injured as lightning strikes camp

The cadets, aged between 13 and 16, were taken to the Malacca Hospital, said an 
army personnel who declined to be named. The camp is run by the army and the 
Education Ministry.

It is believed that when the storm struck, the students were ordered into a 
tent. When the lightning struck, they were lying down on their steel beds.

Malaysia has the second highest number of lightning strikes in the world and is 
known as Asia's lightning capital.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/9/nation/11072650&sec=nation#133393050099665&if_height=524
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke