1 Mei 2012 ialah tarikh pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. 27 Mei 2012 ialah 
tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA. Bukankah ini satu pembaziran 
jika ada yang mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya 
selama 3 minggu untuk latihan PLKN atau mungkin kurang kerana persiapan untuk 
pemeriksaan kesihatan, urusan kumpul wang untuk mendaftar dan sebagainya? 
 
Apakah kontraktor PLKN tetap akan dibayar penuh 3 bulan , jika ada pelatih PLKN 
yang keluar kerana dipanggil ke IPT? 
 
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 
graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos 
pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun 
kepada seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi.
 
Berita-berita isu PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com 
 
Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 :
Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012
http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en 
 
Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf
 
Pelatih PLKN dapat tawaran IPTA dilepas mulai esok
 
KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 
Siri 7/2010 yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi 
program asasi di UM, UIAM, UNIMAS, UiTM, USIM dan UPNM akan diberikan pelepasan 
awal mulai esok.

Kirim email ke