‘Meninggal dunia’ punca BR1M
ditolak
11 April 2012 

JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak
lengkap.
Bagaimanapun, seorang pesara polis di
Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu
berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang
merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.
Segalanya terbongkar apabila Abdullah @
Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan
kematian isterinya pada 29 Februari lalu.
“Saya terkejut dan bagaikan tidak
percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan
kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1
September 2000.
Menurutnya, dia pernah membuat rayuan
berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima
sebarang jawapan.
“Tarikh saya direkodkan meninggal
dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,”
katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting,
Bandar Baru Jempol, semalam.
Bapa lima anak itu kemudian
dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia
sebenarnya masih hidup.
“Segala maklumat berkaitan saya sudah
serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.
Abdullah berkata, dia bimbang
kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu,
terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.
“Saya harap JPN selesaikan masalah
saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi
pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074
 


Apek malang
11 April 2012

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan
dialaminya ketika kejadian samun, semalam.
MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki
warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya
bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia
terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad
lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30
petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras
dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak
sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan
pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan
berkenaan. “Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila
dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang
terus menyerang menggunakan objek keras.

“Saya diserang pada bahagian kepala
dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan,” katanya
ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli
Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras
Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee
Long.
Tham yang tidak berkahwin berkata,
suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400
diterimanya bulan lalu.

“Saya meminta bantuan saudara untuk
dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan
menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kes berkenaan masih sedang disiasat
dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Apekmalang/Article 

Kirim email ke