PM kata kerajaan akan tanggung beban RM 43 bilion jika PTPTN dimansuhkan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula berkata seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion, membabitkan lebih RM5 bilion pinjaman (bukan RM 43 bilion).
Dalam pada itu pula dari 11,764 graduan yang dikecualikan dari bayaran balik PTPTN kerana mendapat ijazah kelas pertama, 75 peratus adalah pelajar keturunan Cina , 20 peratus pelajar Melayu. Dan yang akan mendapat bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran hanyalah 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas SPM 2011 dari 468,808 calon, atau hanya 0.34 peratus. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi. Dengan RM 4.36 bilion juga hampir boleh melupuskan pinjaman PTPTN lebih RM5 bilion. ********************* PTPTN kecuali bayaran balik 11,764 peminjam dapat ijazah kelas pertama 2012/04/11 KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta. Daripada jumlah itu seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan. Prestasi bayaran balik pinjaman pula, sehingga Disember tahun lalu daripada 887,376 peminjam yang patut membayar balik pinjaman membabitkan lebih RM5 bilion, seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata dakwaan pembangkang bahawa pinjaman PTPTN adalah bebanan terhadap mahasiswa adalah satu dakyah politik, namun tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNkecualibayaranbalik11_764peminjamdapatijazahkelaspertama/Article PM: Mansuh PTPTN beban k’jaan, perlu RM43b Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini. Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan. http://www.freemalaysiakini2.com/?p=24019 2012/04/11 PUTRAJAYA: Ini termasuk bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran kepada 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas. Daripada jumlah itu 1,020 pelajar mendapat keputusan 9A+; 10A+ (492); 11A+ (90) dan 12A+ (7) yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan (prauniversiti) sebelum ditawar ke PILN atau PIDN. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM2_12bilionbiayapengajian/Article PUTRAJAYA: Seramai 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Dermasiswa (bursary) secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RezekipelajarcemerlangSPM/Article/index_html 559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+ Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita

