Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan
Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300
dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan
terbengkalai. Apakah hasilnya?

Sejauh manakah kesahihan keluhan di
bawah ini?

Projek perumahan SPNB di Sandakan 
Aduan Rakyat , 11 April 2012 

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata )
di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008
terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan
projek tersebut siap dlm tahun 2010. 

Pembelian rumah tersebut melalui
pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012
melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara
sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum
kelihatan lagi. 

Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama,
saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun
2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana
Menteri ” RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” merupakan
slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. 

Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB-
Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan
Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik
penuh Kementerian Kewangan Malaysia. 

Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau
projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya
di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Lebih menyedihkan tiada seorangpun
WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk
membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg
terlibat dengan masalah ini. 

LOKASI projek Perumahan ini terletak
dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri
Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat,
mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil
Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah 

Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni
hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj…

By: Shitor Kalasang

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-spnb-di-sandakan#more-12341 

Kirim email ke