Aduan Rakyat, 14 April 2012

Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan
berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya
susah dapat  kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang
tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam
mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Kenapa kerajaan dan
ptptn tiada mewujudkan satu sistem yang dapat mengenalpasti mana-mana
graduan yang menganggur dan akan ditempat pekerjaan mengikut jurusan
dan kelulusan masing-masing.

Bayangkan…berapa ramai graduan di
luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar
balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian,
diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan
belum mendapat pekerjaan tetap.


Jadi PTPTN harus la menerima hakikat
kenapa peminjam-peminjam liat untuk membayar balik pinjaman kalau
gaji hanya ciput jer.

By: NorAin

http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-mampu-bayar-balik-pinjaman-ptptn 

Kirim email ke