MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW
BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ 
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm
Tempat : Masjid Negeri, Seremban,
N.Sembilan.

ATUCARA MAJLIS 
5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan
Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad
An-Nur Malaysia
6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu
Kehormat
7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh
Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah
Negeri Sembilan
8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr.
Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM
8.20 mlm : Maulid Dhiaulla’mie Oleh
Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib
Umar Bin Hafidz
10.30  mlm : Solat Isya berjemaah
11.00 mlm   : Jamuan / Bersurai

Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com 

Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar
?

Nama penuh beliau ialah Umar bin
Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin
‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus
bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin
Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad
Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam
Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’
Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin
Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali
al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali
Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali
bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina
al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Beliau adalah keturunan yang ke-39
daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah
Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah
menghafal al Quran.

Beliau merupakan seorang ahli hadis
yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000
hadis berserta sanad dan hukum matan.

Beliau juga digelar dengan panggilan
al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah
hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu
ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung
dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan
ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi
Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman.

Beliau juga tersenarai di dalam "The
500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.

Kirim email ke