Aduan Rakyat 19 April 2012 - Saya disini mewakili ratusan ribu guru di Malaysia 
ingin memohon jasa dan kudrat dari pihak kerajaan khususnya bahagian pendidikan 
agar berlapang dada dengan aduan ini. Sistem SAPS yang kononnya diselenggara 
oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN dikepada 
kami sebagai warga pendidik.
 
Pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam membentuk satu sistem 
dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh 
masyarakat. 
 
Namun akibat kurangnya “cakna” okleh pihak kerajaan, kami nampak sistem ini 
seperti projek tangkap muat dan warga pendidik menjadi kambing hitam atau tikus 
makmal. Apa yang berlaku?
 
Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa Log-in 3-10 
Kali. 
 
Sistem biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 
orang guru cuba memasuki sistem ini pada masa yang sama. 
 
Data yang telah disimpan kadangkala akan hilang dengan sendirinya malahan 
hilang secara total. Natijahnya guru akan bersengkang mata dari malam hingga 
kepagi untuk mengisi kembali markah pada sistem ini. 
 
Bebanan guru akan bertambah sebanyak 50% kerana untuk mengisi markah ke dalam 
sistem, masa yang diambil untuk mengisi markah tidak kurang dari 3jam iaitu 
diluar waktu kerja. Malahan ada guru ambik pendekatan pengisi markah pada waktu 
awal pagi antara julat 12.30 pagi-4pagi kerana beranggapan pada masa itu tidak 
ramai guru lain yang memasuki sistem. 
 
Malah ada kes dimana data guru lain termasuk kedalam sistem dan data guru lain. 
 
Dengan tekanan dari pihak PPD dan JPS yang kononnya ber ‘DATELINE” maka guru 
terpaksa mengejar masa sehinggan mengabaikan tanggungjawab hakiki. 
 
Sistem yang memalukan kerana 2000 orang guru dalam talian akan menyebabkan 
sistem SAPS ini akan JAMMED dan CRASH walaupon saya pasti kerajaan ada 
memperuntukkan jutaan ringgit untuk memperkembang sistem ini. Sistem harga 
jutaan tapi kapasiti dan kualiti seperti budak hingusan baru belajar cipta 
blog. 
 
Saya berharap aduan ini dipanjangkan kepada pihak yang berwajib. Kami warga 
pendidik ingin sekali mendengar apa hujan dan alasan yang akan diberikan oleh 
pihak yang bertanggunjawab. 
 
Jangan tambah lagi bebanan kami dan kepada pihak atasan, cukup-cukuplah meriba 
tangan dan bersilang panggung. Tolong turun ke padang dan atasi masalah ini.
 
By: Siti Roshayu
 
Sumber 
http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-saps-kementerian-pelajaran-malaysia-yang-membebankan-guru#more-12915
 

Kirim email ke