Terimakasih kepada Blogger Anak Rembau yang begitu prihatin dan menghormati pendapat Ustaz Azhar Idrus yang mempertikaikan pembahagian “tanah pesaka adat” (bukan harta pusaka) dalam salah satu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tersiar di Youtube. Blogger Anak Rembau yang banyak memperjuangan isu berkaitan adat perpatih bersikap rasional dan terbuka. Bagi beliau mudah, jika yang mempertikaikan isu Adat Perpatih adalah seorang ulama dari Terengganu, maka institusi adat perpatih di Negeri Sembilan ini harus mempunyai seorang ulama yang memahami selok belok Adat Perpatih ini.
Lagi baik ulama dari Negeri Sembilan ini mengemukakan hujah di Youtube juga, kerana ini pendekatan zaman moden. Muda mudi sekarang tak minat nak menghadiri Seminar Adat Perpatih. Mereka menanti-nantikan jawapan dalam Youtube. Takkanlah Negeri Sembilan tak ada PhD dalam Adat Perpatih, ulama yang menjadi pakar rujuk isu Adat Perpatih? Mungkin langkah pertama yang perlu dilakukan ialah ulama Negeri Sembilan beri penerangan kepada Ustaz Azhar Idrus apa dia Tanah Pesaka Adat dan apa dia Harta Pusaka. Beri juga penerangan Tanah Pesaka Adat ini milik perempuan atau milik suku? Adakah Tanah Pesaka Adat harta sepencarian? Sila ikuti ulasan lanjut blogger Anak Rembau serta klip video Ustaz Azhar Idrus yang mempersoalkan adat Perpatih di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/mengelabah.html Rozmal bin Malakan, Suku Biduanda Lela Maharja http://waghih.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

