Siapa yang kelirukan rakyat, Zahid
Hamidi atau blogger propembangkang? Siapakah blogger propembangkang
tersebut? Susah sangatkah Zahid Hamidi nak jelaskan kenapa Indonesia
menawarkan kereta perisai mereka pada harga RM 2.4 juta, sedangkan
projek kereta perisai yang akan dibuat oleh Malaysia dianggarkan
bernilai RM 31.13 juta sebuah atau RM 8 bilion untuk 257 buah kereta
perisai?

Adakah RM 8 bilion tersebut kos
pembinaan, kos membina kilang membuat kereta perisai, kos membeli
tanah untuk membuat kilang, kos blueprint atau termasuk kos hak untuk
mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai? Jika ianya termasuk kos
hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai, adakah Malaysia
akan beroleh keuntungan dari industri pembikinan kereta perisai ini
apabila ianya dipasarkan keluar negara?

Berapa sebenarnya kos sebuah kereta
perisai AV8 ini jika dibuat di Malaysia? Berapa kos sebenarnya sebuah
kereta perisai AV8 ini jika dibeli terus dari Turki?

Rakyat tak tanya apa kod senjata yang
digunakan oleh kereta perisai tersebut, kerana ini rahsia
ketenteraan. Rakyat tak tanya apa perisian komputer yang digunakan
oleh kereta perisai tersebut kerana ini juga rahsia ketenteraan.

Jika negara lain boleh memberikan kos
pengeluaran kereta perisai mereka dengan spesifikasi yang asas ,
kenapa Malaysia tidak boleh? 


RM 31.13 juta RM 2.4 juta
'Jangan kelirukan rakyat dengan isu
kereta perisai'
20 April 2012 

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta blogger propembangkang supaya
jangan mengelirukan rakyat dengan isu perolehan kereta perisai pacuan
roda 6x6 dengan kereta perisai buatan Malaysia, AV8.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji
kesesuaian kereta perisai 6x6 untuk kegunaan tentera Malaysia yang
berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(Unifil) di Lubnan manakala projek kereta perisai AV8, yang bernilai
RM8 bilion, merupakan rancangan pembangunan kereta perisai buatan
Malaysia untuk jangka panjang.

"Mereka harus memahami bahawa AV8
adalah Armoured Personnel Carrier (APC) yang mempunyai 12 varian
untuk pelbagai kegunaan yang sesuai untuk penyediaan tentera masa
depan atau program 'future soldier' di Malaysia manakala APC 6x6
adalah untuk kegunaan Unifil di Lebanon," katanya kepada
pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian
persefahaman antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan
Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Perjanjian itu bakal memberikan
kemudahan perbincangan bagi program-program kerjasama dalam
penyediaan latihan untuk jurulatih JLKN.

Ahmad Zahid diminta mengulas blog-blog
pembangkang yang memetik sumber media Indonesia bahawa kerajaan
memilih 32 buah kereta perisai Anoa buatan PT Pindad, Indonesia
kerana harganya lebih murah daripada AV8.
Beliau berkata kerajaan menilai
beberapa kereta perisai 6x6 dari luar negara termasuk Anoa dari
Indonesia tetapi belum membuat keputusan mengenainya.

Ahmad Zahid menjelaskan keperluan
kereta perisai 6x6 untuk askar Malaysia di Lubnan sangat mendesak
kerana kereta perisai sedia ada iaitu Condor, yang digunakan sejak
1980-an sudah tidak sesuai.

Beliau berkata pembangunan kereta
perisai canggih AV8 pula mungkin mengambil masa panjang iaitu mungkin
15 tahun.

"Prototaip dijangka siap
pertengahan tahun depan tetapi untuk Unifil, Condor tidak sesuai
kerana ia 4x4. Kita perlukan 6x6, oleh itu kajian spesifikasi dibuat
termasuk menentukan kemampuannya bergerak di Lubnan," katanya.-
Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-kelirukan-rakyat-dengan-isu-kereta-perisai-1.41688
 

Projek RM8 bilion kereta perisai
KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom
Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh
DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 -
Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap
sepenuhnya menjelang 2016. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil
berkata, pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan dengan 12 varian
kegunaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive
 

MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD
07 Agustus 2011 

TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah
Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini.
"Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen
Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik
Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011. Panser yang
dibanderol Rp 7 miliar (RM2.4 juta) per unit itu, menurut Adik, makin
diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik
mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan
dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah
digunakan di Lebanon," katanya.
http://tempointeraktif.com/hg/bisnis/2011/08/07/brk,20110807-350489,id.html 

Program Beli Kereta Perisai Baru
Ditangguh

PORT DICKSON, 7 Nov 2009 (Bernama) -
Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program
penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat
ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera
Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Pembelian kereta
perisai Sibmas pada tahun 1980an pernah menimbulkan kontroversi
kerana penggunaannya sebagai kenderaan bantuan tembakan didapati
tidak begitu praktikal. Malaysia merupakan satu-satunya negara
pengguna Sibmas yang dibuat di Belgium.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025 

Kirim email ke