Pada hari Ahad 22 April 2012 dalam perjalanan balik ke Seremban ketika 
terdengar azan zuhur berkumandang di corong radio kereta, saya pun mengambil 
keputusan untuk solat zuhur di Masjid Kariah Bt 17 Chembong. Sesampai saya di 
perkarangan masjid, azan sedang berkumandang.

Masjid Kariah Bt 17 ini , betul-betul terletak di tepi jalan utama Seremban - 
Tampin, di kelilingi Sekolah Menengah Dato Sedia Raja, Sekolah Menengah Teknik, 
beberapa kampung dan taman perumahan berhampiran. Ianya bukan terletak jauh 
dari jalan utama, atau jauh dari penempatan orang ramai.

Selesai berwuduk, saya pun masuk ke ruang solat. Di dapati di dalam masjid 
hanya ada saya dan tukang azan. Saya tak pasti yang tukang azan ialah Nazir, 
Imam, Bilal, Siak, AJK Masjid atau ahli kariah masjid. Kemudian datang seorang 
lagi yang saya kira juga sedang bermusafir atau sedang dalam perjalanan seperti 
saya.

Selesai solat sunat , tukang azan tadi toleh ke  belakang, seolah-olah beri 
isyarat untuk solat jemaah zuhur. Lalu saya pun ke saf hadapan dan qamat. Imam 
yang tukang azan tadi, makmumnya saya dan seorang lagi tadi.

Inilah hakikat masjid-masjid di Negeri Sembilan ini, masjidnya banyak yang 
mati. Ini adalah merupakan satu malapetaka besar terhadap umat Islam di Negeri 
Sembilan yang setiap kita perlu memainkan peranan untuk menghidupkan 
masjid-masjid ini.

Nazir ada peranannya, imam ada perananannya, bilal ada peranannya, ahli kariah 
ada peranannya, Mufti ada peranannya, Pengarah Jabatan Agama Islam ada 
peranannya, Wakil Rakyat ada peranannya, Menteri Besar ada peranannya.

Semua mereka ini akan ditanya di akhirat nanti apa peranan mereka masing-masing 
apabila masjid-masjid ini mati daripada menjalankan fungsi utama sebuah masjid, 
iaitu solat berjemaah 5 waktu tiap hari.

Sebelum ini juga saya ada menulis artikel bertajuk “Masjid-masjid yang mati di 
N.Sembilan, negeri beradat” di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke