Tak pernah saya tengok Masjid Negeri di Seremban ramai yang hadir dalam apa jua 
program sebelum ini seperti apa yang berlaku pada hari Ahad 22 April 2012. 
Penuh sesak Masjid Negeri, orang ramai hadir, yang tua, yang muda, yang 
kanak-kanak, yang wanita, ingin mendengar nasihat dan menatap wajah Sheikh 
Habib Umar, ulama dari Yaman yang merupakan keturunan ke 39 daripada baginda 
Nabi Muhammad s.a.w. 

Saya terpaksa letak kereta di luar sebuah gereja tengah bandar Seremban, kerana 
tempat letak kereta berhampiran Masjid Negeri penuh sesak, termasuk yang atas 
bahu jalan.

Ribuan yang hadir ini datang secara sukarela. Mereka tak perlu disediakan bas, 
tak perlu disediakan t-shirt, tak perlu disediakan wang saku, tak perlu 
disediakan makan minum, tak perlu ada artis terkenal, tapi mereka tetap datang. 
Ada yang saya tengok plet kenderaan dari Singapura pun ada. Kalaulah pemimpin 
kita boleh buat perhimpunan sebegini untuk memberi kesedaran kepada umat agar 
kembali taat kepada Allah dan Rasulnya dalam amalan seharian alangkah baiknya. 

Pada siang harinya sebelum program bermula, cuaca di Seremban begitu panas 
terik sekali, bahangnya terasa sampai ke lewat petang. 

Tapi apabila saya berada di anjung masjid ( tak dapat masuk, dalam masjid dah 
penuh sesak) , suasana nyaman, tidak panas, tidak sejuk, hujan turun setitik 
dua, membasahi jalan tetapi tidak membasahi rambut. 

Semoga dengan kedatangan Habib Umar akan membuka lembaran baru di Negeri 
Sembilan dan memberi keinsafan kepada semua pihak. 

Rozmal bin Malakan 
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke