April 25, 2012 KUALA LUMPUR: Semua aktiviti air melibatkan kolam semula jadi 
dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan serta merta, kata 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Beliau berkata langkah itu adalah untuk menjaga keselamatan pelatih PLKN 
berikutan insiden kematian seorang pelatih akibat kencing tikus.
 
Ketika mengesahkan kematian R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak 
akibat penyakit kencing tikus, Ahmad Zahid, yang melahirkan rasa simpati 
terhadap keluarga mendiang, berkata keluarga mangsa akan menerima insurans 
berjumlah kira-kira RM50,000.
 
"Pemilik kem Terkok itu telah membuat rayuan untuk membuka semula kem berkenaan 
namun saya bertegas ia ditutup demi keselamatan pelatih PLKN," katanya pada 
sidang akhbar selepas melancarkan buku 100 Wira Negara di Universiti Islam 
Antarabangsa (UIA) di sini, Selasa.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul 
Hadi Awang Kechil ketika dihubungi Bernama berkata ketetapan yang dibuat minggu 
lepas menyebut bahawa aktiviti air akan diteruskan sekiranya kem PLKN mempunyai 
kemudahan kolam renang.
 
Beliau berkata sebelum ini pihak JLKN telah menggantung sementara semua 
aktiviti air yang melibatkan penggunaan kolam semula jadi.
 
Berikutan itu, katanya, aktiviti air setakat ini hanya boleh dijalankan di kem 
PLKN di Sibu kerana ia merupakan satu-satunya kem yang dilengkapi kolam 
renang.-BERNAMA
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/25/mstar_berita/20120424210928&sec=mstar_berita
 
 
Kerajaan telah membelanjakan RM4.7 bilion dalam program PLKN yang melahirkan 
629,052 orang pelatih. RM 4.7 bilion boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN 
selama 1 tahun kepada seramai 940,000 orang pelajar Diploma di IPT.
 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/rm47-bilion-kos-plkn-boleh-tampung.html 

Kirim email ke