JANJI YANG BELUM DITUNAI - LANDASAN PESAWAT KECIL REMBAU
20 Feb. 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang 
untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam 
Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk 
landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. 
 
“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang 
jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil 
seperti Cessna atau mikrolite.”
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html
 
JANJI YANG DIKITAR SEMULA - UITM REMBAU
 
31 Mac 2012 – “Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang 
ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, 
Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya 
kelak.” Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau 
petang tadi.
 
31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga 
akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. 
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan 
diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa 
dan dewan persidangan. Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana 
ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html
 
 
JANJI YANG DITUNDA - HOSPITAL REMBAU
 
29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan 
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan 
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
 
7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina 
di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik 
kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini 
hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka 
ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah.
http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Kirim email ke