7 Mei 2012 KUALA LUMPUR – Seorang penduduk di Pandan Indah di sini meminta 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat kiraan semula terhadap bil elektrik 
rumahnya bagi bulan Mac lalu yang mencecah jumlah RM8,241.55.
 
Penduduk berkenaan, David Chan, 51, mendakwa, pada 17 Januari lalu, dia 
menerima bil elektrik termasuk tunggakan yang berjumlah RM2,226.25.
 
Bagaimanapun, dia terkejut apabila jumlah tersebut meningkat sehingga mencecah 
RM8,241.55 apabila menerima satu lagi bil kira-kira dua bulan kemudian. 
 
“Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh 
dua bulan sahaja. 
 
“Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan tidak 
mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di 
sini baru-baru ini.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 

Kirim email ke