MUAR 7 Mei 2012 - Penyakit tibi yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang 
dipanggil Mycobacterium tuberculosis telah meragut 53 nyawa sejak awal tahun 
ini hingga kelmarin di negeri ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat 
dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hingga kelmarin sebanyak 563 kes 
dicatatkan dengan 91 peratus adalah pesakit baru dan 52 peratus menghidap tibi 
berjangkit.
 
Menurutnya, daerah Johor Bahru mencatat rekod tertinggi dengan 246 kes diikuti 
Muar (91), Batu Pahat (56), Kluang (33), Kulaijaya (32), Segamat (32), Kota 
Tinggi (25), Pontian (20), Ledang (19) dan Mersing (9).
 
"Perkembangan terbaru ini agak serius apabila dua pesakit tibi di daerah Muar 
meninggal dunia kelmarin," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan Bantuan 
Rakyat 1Malaysia kepada 213 penerima di Sungai Balang di sini kelmarin.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm
 

Kirim email ke