Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia. 
 
1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS  serta anggota dan pemimpinnya. 
Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap 
Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST. 
 
2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk 
surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail 
anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis 
Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung. 
 
3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya  BERSIH 
3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan 
harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait 
sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah 
 
4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan 
kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam 
prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu 
bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian 
diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu  [ 12 May ] jam 8.45 malam 
serentak seluruh negara di kawasan masing - masing. 
 
5.  Tentatif  Program. 
Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa 
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa 
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa 
 
Sabtu [ 12 May 2012 ]  
7. 15 pm : Majlis berbuka puasa 
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam 
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan 
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah 
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ] 
 
Lokasi : Markaz Tarbiyah  PAS Kawasan. 
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan. 
 
Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia 
pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh 
negara. 
 
Sekian Terima Kasih. 
 
Nasrudin bin Hassan  
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 
http://www.eperjuangan.com/2012/05/puasa-dan-munajat-perdana.html 

Kirim email ke