Alhamdulillah, akhirnya jiran dan kenalan saya ini , lebih dikenali sebagai 
Abang Kamal bebas tuduhan rasuah. Memang dari awal lagi saya percaya beliau 
tidak bersalah. Ini adalah kerana gaya hidup beliau tidak seperti seorang 
pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi. Amat besederhana kehidupan beliau, 
rumah yang begitu sederhana, kenderaan yang begitu sederhana, keluarga yang 
begitu sederhana, pertuturan yang begitu sederhana. 

Allah Maha Besar.

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Bekas pengarah JPJ NS bebas tuduhan terima tiket penerbangan 
Mei 16, 2012  

Bekas pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal 
Saad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini daripada 
tuduhan menerima tiket penerbangan dan penginapan daripada sebuah syarikat 
memandu untuk menghadiri satu mesyuarat di Sabah, dua tahun lalu.
    
Semasa membuat keputusan itu, Hakim Datin Nusinah Adzmi berkata ia berikutan 
pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Kamal, 58, di 
akhir kes pendakwaan.
    
Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi balik 
Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan penginapan selama satu hari di Hotel Promenade, 
Kota Kinabalu daripada Sharifah Norliza Syed Hamid, 45, yang juga pemilik 
Institut Memandu Empatsempurna (M) Sdn Bhd yang terletak di Lukut, Port Dickson.
    
Dia didakwa menerima tiket dan tempahan hotel itu tanpa balasan di pejabat JPJ 
negeri pada 24 Julai 2010 walaupun mengetahui wanita itu ada kena mengena dalam 
urusan yang dijalankan oleh beliau ketika itu.

Tiket penerbangan berharga RM298 dan penginapan bernilai RM390 diberikan kepada 
Mohd Kamal bagi menghadiri mesyuarat JPJ bersama institut memandu Negeri 
Sembilan dari 24 hingga 26 Julai 2010 di Kota Kinabalu.

Bagi pertuduhan itu, Mohd Kamal didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan 
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau 
kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mohd Kamal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, dengan keputusan 
tersebut ia diharap dapat membersihkan namanya dan tanggapan negatif masyarakat 
terhadapnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga panel peguam saya 
kerana khidmat yang mereka berikan dan kepada keluarga serta rakan-rakan yang 
menyokong saya sehingga saya dilepas dan dibebaskan dari tuduhan ini," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari, manakala Mohd Kamal diwakili peguam Faiz 
Fadzil, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/198077 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke