Semasa belajar di negara barat sekitar tahun 80an dulu, sudah menjadi kebiasaan 
penuntut Malaysia serta umat Islam di negara barat solat di kaki lima, tepi 
tempat rehat, mana-mana sudut lapang di tempat awam, kerana di negara barat 
bukannya ada surau atau masjid dalam jarak yang dekat apabila bermusafir.  

Tapi di Malaysia begitu jarang kita lihat senario sebegini, peniaga pasar malam 
akan solat sebelah gerai, anggota polis trafik akan solat sebelah motosikal, 
kerana surau dan masjid berada di mana-mana di Malaysia ini. Melainkan waktu 
demonstrasi barulah kita akan lihat peserta demonstrasi akan solat di tengah 
jalan, tepi jalan , atas padang dan sebagainya. 

Pada 16 Mei 2012 sekitar jam 1.35 ptg saya ke Dataran Senawang, N.Sembilan 
kerana ada urusan di bank. Memang susah nak cari tempat letak kereta di Dataran 
Senawang waktu tengahari. Sebab letak kereta percuma, yang ada cuma tiang mesin 
meter letak kereta. Mesinnya belum dipasang walaupun tiang dah pasang lebih 
setahun rasanya. 

Terpaksalah pandu kereta jalan belakang kedai yang sempit, tengok kalau boleh 
celok mana-mana. Terperanjat bila saya lalu belakang sebuah Restoran milik 
orang Melayu di Dataran Senawang. Saya dapati seorang pekerja lelaki restoran 
tersebut sedang solat di satu sudut yang amat sempit belakang kedai, yang 
muat-muat satu sejadah sahaja.

Kagum dengan kesungguhan pekerja tadi, memang saya salute pekerja restoran 
tadi. Kalau semua umat Islam kita boleh mencontohi pekerja tersebut semasa 
sibuk bertugas terutama peniaga pasar malam kita. 

Saya pun tak pasti, adakah pekerja tadi solat di lorong belakang kedai , kerana 
restoran tersebut tiada disediakan bilik solat, atau ada bilik solat mungkin 
sedang dibaiki. Apa-apa pun kita bersangka baik dengan pemilik restoran 
tersebut. Mungkin bilik solat di restoran tersebut sedang dibaiki atau diubah 
suai. 

Saya pun tak sempat nak menemu bual pekerja restoran tadi, almaklumlah sibuk 
nak cari tempat letak kereta, kalau tak, lambat pula masuk kerja.

Lebih mengagumkan saya, kalau tak silap saya , restoran tadi ada mengambil 
pekerja asing menjadi pekerja di restoran mereka. Jika pekerja tadi adalah 
pekerja asing, beliau patut dijadikan contoh tauladan atau duta solat bukan 
sahaja untuk pekerja asing yang beragama Islam, bahkan untuk umat Islam di 
Malaysia ini. 

Di hari yang lain, sedang saya berborak-borak dengan seorang ustaz di satu 
taman perumahan di Senawang di luar pagar rumah ustaz tadi, datang 2 orang 
wanita Indonesia, seorang bertudung, seorang tidak bertudung. Wanita tadi 
bertanyakan kepada ustaz tadi di mana hendak belajar mengaji. 

Memandangkan di Malaysia ini ramai pekerja asing yang beragama Islam, 
sepatutnya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri ada jabatan khusus untuk 
mengendalikan hal ehwal pekerja asing yang beragama Islam ini, agar akidah 
mereka terjamin. Bukankah mereka juga membayar zakat?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke