Marilah kita perbanyakkan berdoa, bertakbir, menunaikan solat gerhana bulan dan bersedekah sempena peristiwa gerhana bulan pada Isnin 4 Jun 2012 nanti insyaAllah.
GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012 Umat Islam di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam. Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31 malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur. Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak singkat, umat Islam di Pulau Pinang dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan memunaikan solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam. Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan. Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku 'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun. Sumber : http://mufti.penang.gov.my/v1/index.php/ms/component/content/article/192-gerhana-bulan-separa Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044) Sumber : http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/seputar-gerhana-matahari-2.html#Scene_1 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

