Apakah JKKK begitu berkuasa untuk memproses dan menentukan siapa yang layak 
mendapat Rumah Mesra Rakyat, Rumah PPRT dan sebagainya? Di Rembau pula rakyat 
yang berpendapatan rendah masih dibelenggu dengan projek perumahan terbengkalai 
sejak tahun 2005, dan tiada nampak jalan penyelesaiannya hingga kini. Cuepacs 
pula mendapati ramai penjawat awam berpendapatan bawah RM3000 sebulan tidak 
mampu untuk memiliki rumah sendiri. 
 
Jawapan tak kunjung tiba
 
3 Jun 2012 ALOR GAJAH - Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin 
(PPRT) yang dibuat sejak 2009 sudah diluluskan namun masih belum menerima 
sebarang
jawapan pasti.
 
Itulah dilema dihadapi pasangan suami isteri, Jef Roslan Abd Rahim, 40, dan 
Mariani Mamat, 33, di Kampung Lendu, di sini.
 
Pasangan ini mempunyai tiga anak yang masih kecil dan bersekolah, berumur 
antara 3 hingga 10 tahun.
 
Mariani berkata, kali pertama mereka membuat permohonan pada penghujung 2009 
dan pihak berkenaan memaklumkan alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat 
yang dipohon.
 
“Mereka minta kami buat semula permohonan dan majukan kepada Jawatankuasa 
Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tapi selepas itu terus senyap.
 
“Jika ada masalah, mereka sepatutnya maklum kepada kami, bukannya mendiamkan 
diri kerana menyebabkan kami seolah-olah 'menunggu buah yang tak gugur," 
katanya, semalam.
 
Menurutnya, dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang 
bekerja sebagai pengawal keselamatan iaitu RM500 sebulan.
 
“Kami berpindah ke kampung ini dan tinggal bersama ibu saya, Jamaliah Pakeh, 
72, sejak tiga tahun lalu sebelum memohon bantuan PPRT.
 
"Saya memang dibesarkan di sini, cuma pernah merantau ke negeri lain, tetapi 
kembali semula menetap di kampung halaman," kata anak bongsu daripada tujuh 
beradik ini.
 
Justeru, Mariani merayu pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya 
untuk memiliki rumah PPRT.
 
“Walaupun sudah tiga kali memohon, saya masih menaruh harapan supaya permohonan 
diluluskan," katanya.
 
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lendu, Norhayati Yatim berkata, 
segelintir pemohon menghantar borang bantuan PPRT tanpa melaluinya.
 
Menurutnya, pihaknya menyimpan senarai nama penduduk yang memohon bantuan\ PPRT 
dan jika ada yang tercicir, kami akan siasat.
 
“Kami akan selidik perkara ini terlebih dahulu kerana tidak pasti sama ada 
permohonan melalui saya atau sebaliknya,” katanya yang baru memegang jawatan 
tersebut dua tahun lalu.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/jawapan-tak-kunjung-tiba-1.53005  
 
Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005 
 
Utusan Malaysia - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit 
rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan 
kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah beberapa tahun terbengkalai.
 
Seorang pembeli, Ibrahim Mahat, 38, berkata, projek perumahan itu sepatutnya 
siap pada November 2005, namun sehingga hari ini pembeli-pembeli hanya mampu 
menggigit jari kerana tidak dapat mendiami rumah milik sendiri.
 
Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah 
dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga 
RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.
 
''Pada masa ini, saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu mertua kerana 
tidak mampu lagi menyewa rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di 
tapak projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini hari ini.
 
Berita penuh di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html
  
 
Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012 
 
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan 
jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.
 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/27/ramai-penjawat-awam-tidak-mampu-miliki-rumah-kata-cuepacs/
  
 
Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah
 
MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, 
kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, 
terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
  

Kirim email ke