Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin 
sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman 
web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua. 
 
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON 
yang saya kasihi.
 
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, 
ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai 
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil 
kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah 
merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
 
Saudara saudari yang saya kasihi,
 
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih 
enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin 
komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat 
menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. 
 
Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak 
yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya 
berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah 
saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? 
 
Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih 
saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam 
membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya 
yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di 
curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa 
mengenal lelah dan jemu.
 
Saudara saudari yang saya kasihi,
 
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya 
menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat 
menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat 
bernilai. 
 
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental 
semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, 
saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. 
 
Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima 
kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari 
bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang 
membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. 
 
 
Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani 
mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di 
atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata 
hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara 
saudari.
 
Saudara saudari yang saya kasihi,
 
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa 
nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus 
memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. 
Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap 
sesuatu. 
 
Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan 
saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah 
pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan 
izinNya. 
 
Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah 
pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya 
di persada automotif, insyaallah.
 
Saudara saudari yang saya kasihi,
 
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun 
sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala 
keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang 
tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. 
 
Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran 
dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah 
kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya 
pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak 
berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap 
pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati 
saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati 
saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, 
insyaallah.
 
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl 
Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
 
“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Salam hormat dari saya, Syed Zainal
 
http://paultan.org/2012/06/01/datuk-seri-syed-zainals-parting-words-to-proton/

Kirim email ke