Benarkah dakwaan di bawah ini? Dah lah tak ada air, bil air pula tinggi kerana 
meter air berpusing disebabkan angin? Bila Perdana Menteri datang ada pula air, 
kemudian tak ada kembali?
 
Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan 
Aduan Rakyat 7 Jun 2012 
 
Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa 
sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari 
raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai. 
 
Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan 
ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat 
digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor. 
 
Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat 
tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami. 
 
Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh 
menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.
 
Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat 
bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin 
disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui. 
 
sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu 
memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di 
sini. 
 
Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun 
sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, 
tapi cuma sebahagian. 
 
Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan 
tanah yang agk tinggi.
 
Yang paling dikesali, bil air tetap banyak sedangkan kali tidak mendapat 
bekalan air langsung yang dapat cuma angin yanmg keluar. Malahan bekalan air 
kadang-kala naik pada tengah malam sahaja. 
 
Kami sekeluarga membina kolah yangbanyak untuk tempat menyimpan air namun kalau 
bekalan air langsung tiada apalah gunanya. Kami sudah tidak sanggup lagi hidup 
bagaikan merempat, sehingga kami hendak mandi, memasak pun tidak sanggup & 
mengeluh kerana sampai bilalah perkara ini akan berakhir. 
 
Kini, sejak awal tahun 2012 ini masalah air semakin menjadi-jadi. yang 
peliknya, ketika YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI kita datang ke JENGKA 8 
baru-baru ini untuk menyampaikan DURIAN RUNTUH bekalan air sentiasa ada 
walaupun pada siang hari. Tapi selepas itu masalah air kembali semula & ia 
semakin menyeksakan hidup kami.
 
Jadi,dengan ini saya salah seorang mangsa penyeksaan ini, merayu 
sekeras-kerasnya agar ada pihak yang sudi membantu & tampil untuk menyelesaikan 
masalah yang sudah bertahun-tahun ini. Kami betul-betul memerlukan keprihatinan 
dari pihak yang berwajib.
 
By: siti mariana
 
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-bekalan-air-di-jengka-7-yang-berpanjangan 

Kirim email ke