Dari Blog YB Taufek ;
 
Saya dikhabarkan antara masalah yang dihadapi oleh beberapa anak tempatan di Kg 
Gadong di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah tanah TOL yang diusahakan oleh 
mereka sejak tahun 80an dengan tanaman dusun buah-buahan terutamanya durian 
masih tidak mendapat sebarang hak milik lagi walaupun telah berulang kali 
mengajukan perkara ini kepada wakil rakyat setempat.
 
Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan tanah ini telah pun 
meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang diusahakan ini kini 
diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
 
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah ini untuk 
kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam 
Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu “Memberi 
milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) 
yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas”.
 
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan komitmen kami dalam isu 
ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno dalam isu tanah ini, 
khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
 
Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan dapat meneliti 
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan komitmen BN 
khususnya Umno di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html 

Kirim email ke