PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH
 
Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. 
Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari 
serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.
 
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan 
Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan 
melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan 
kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan 
Rembau.
 
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan 
wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, 
fakir miskin serta mereka yang memerlukan.
 
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang 
dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program )  013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau)  012-2268230
 
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau 
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban) 
No akaun: 05-012-01-007334-7
 
Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan 
melalui cek/akaun.
 
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
 
1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)
 
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70

Kirim email ke