Berhati-hati apabila mandi di pantai. Bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun. Pelajari rawatan kecemasan untuk menangani kes sengatan obor-obor. Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor 11 Jun 2012 PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu. Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan. "Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan. "Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya. Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan. Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih. "Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya. Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini). Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudul Cikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/6/11/mstar_hiburan/20120611113326&sec=mstar_hiburan SENGATAN obor-obor berupaya mengakibatkan kematian pada mangsanya seperti yang terjadi di Pulau Langkawi yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini. Misalnya bilangan obor-obor bertambah semasa musim mengawan yang berlaku pada bulan Mei hingga Jun. Cara-cara mengelakkan sengatan obor-obor Sengatan obor-obor sering kali berlaku dalam keadaan berikut : - Sengatan yang paling kerap adalah semasa obor-obor terapung di permukaan air ketika mangsa memasuki atau berenang di dalam air. - Serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut. Sesungut ini walaupun telah terpisah dari badan berupaya mengeluarkan bisa apabila serpihan sesungut bersentuhan dengan manusia. - Serpihan sesungut yang terdampar di persisiran pantai juga berupaya membebaskan bisa apabila dipijak. - Sengatan obot-obor lebih kerap terjadi apabila bilangannya di dalam laut bertambah. Bahan rawatan Antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan. Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :- - Basuh kawasan sengatan dengan air laut. - Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut. - Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit. - Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita. - Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit. - Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera. http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=416

