Satu cadangan serta komen dari blog Anak Rembau yang harus diberi perhatian 
oleh pihak yang berkenaan.
 
Pada 7hb - 8hb Julai 2012 yang akan datang, Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan 
menganjurkan Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012. Pesta Persukuan Adat Perpatih 
telah dianjurkan semenjak tahun 1999. 
 
Saya melihat saban tahun Pesta Persukuan Adat Perpatih semakin tidak menarik. 
Kehadiran pengunjung tidak seramai yang dijangkakan. 
 
Tahap penganjuran setiap tahun seolah-olah tiada perubahan. Cuba lihat lihat 
aktitivi yang akan diadakan pada tahun ini. Sama seperti tahun-tahun 
sebelumnya. Tiada perubahan. Malah penduduk-penduduk di sekitar Seri Menanti 
tidak begitu berminat untuk datang dengan alasan tidak ada perbezaan setiap 
tahun. Apatah lagi penduduk di luak-luak yang lain. 
 
Ratusan ribu telah diperuntukkan bagi penganjuran pesta setiap tahun. Saya 
berharap pihak penganjur menggunakan peruntukkan dengan sebaik-baiknya. 
 
Penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih memerlukan satu sentuhan yang berbeza 
setiap tahun. Ia hanya boleh dilakukan dengan menganjurkannya di luar Seri 
Menanti. Adakan di setiap luak secara bergilir. Secara tidak langsung, ia akan 
menggalakkan kehadiran pengunjung di samping mempromosikan dan memperkenalkan 
tempat-tempat yang menarik di setiap luak.  
 
Selanjutnya di 
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/06/pesta-persukuan-adat-perpatih.html
 

Kirim email ke