Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam 
keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta 
yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk 
pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja 
pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
 
Dalam catatan (buku Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H) menunjukkan Sultan 
Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak 
pernah berkesempatan. 
 
Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara 
memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid 
Nabi. Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad 
saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem.
 
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Sultan 
Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke 
langit.
 
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke 
rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 
tahun.
 
Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin
Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
 
Sumber : 
http://ustaznaim.blogspot.com/2009/11/mengenali-tokoh-islam-yang-ulung.html 

Kirim email ke