Rasanya bukan di N.Sembilan saja, malahan di mana-mana tempat dalam dunia ini 
sejak dari zaman dahulukala lagi. Akan tetapi nampaknya permainan sihir, 
serangan sihir, gangguan jin serta makhluk halus semakin menjadi-jadi mutakhir 
ini. Saya dikhabarkan rakan saya di Seremban, yang merupakan pengamal perubatan 
Islam, hampir setiap hari ada kes gangguan sihir, makhluk halus, saka dan 
sebagainya yang perlu ditanganinya.

Kesimpulannya hanya satu, apabila masjid-masjid semakin mati, solat dipandang 
ringan, majlis ilmu dikesampingkan, maka tidak hairanlah perkara-perkara 
seperti sihir, gangguan dan sebagainya yang termasuk dalam fahsya dan munkar 
semakin berleluasa.

Sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1433 Hijrah ini bersamaan 
dengan 17 Jun 2012 marilah kita semarakkan surau dan masjid dengan solat serta 
majlis ilmu dan zikir mulai dari sekarang hingga akhir hayat kita insyaAllah.

Tarikh keramat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun 
di bawah jajahan tentera Salib, bumi Al Quds atau Jerusalem atau Palestin telah 
dibebaskan oleh seorang Sultan yang hidup dalam suasana kemiskinan iaitu Sultan 
Salahuddin al-Ayyubi, seorang Sultan yang kuat berpegang pada agama, 
berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Tulisan saya sebelum mengenai Masjid-masjid yang Mati di N.Sembilan di  
http://waghih.blogspot.com/2012/04/masjid-yang-mati-di-chembong-negeri.html 

اتْلُ مَآ أُو حِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ 
الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ 
وَاللهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ {العنكبوت45} 

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (al-Qur'an) dan 
dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan 
fahsya’ dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih 
besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa 
yang kamu kerjakan. (QS. 29:45)

Tahap-tahap kejahatan yang dilarang
Aras-aras kejahatan dalam tiga aspek yang mengumpulkan segala jenis kejahatan. 
Perkara tersebut ada digambarkan dalam 3 perkataan yang lengkap dengan isinya 
iaitu
al fahsya, al munkar dan al baghy.

AL-FASHYA
Perkatan fhasya bermaksud batu daripada pecahan yang terpecah dari kata 
perbuatan dan maknanya. Makna pula berlaku agak terlampau, terkeluar daripada 
batas sempadan yang patut, tidak bersikap sopan dan sebagainya. Jika dikata, 
alfahsya ertinya kedekut dan tamak harta dunia, kotor, tidak malu serta lucah.

AL-MUNKAR
Perkataan munkar merupakan pecahan yang membawa maksud bertidak, menidakkan,
tidak mengaku, tidak mahu mengaku dan sebagainya. perkataan munkar membawa 
makna perbuatan yang ditegah sama ada oleh undang-undang, agama dan manusia.
Tahap kesan munkar tidak terhad kepada diri sendiri, malahan memberi kesan 
kepada
orang lain. 

AL-BAGHY
Al-baghy merupakan satu kejahatan yang melanggar batas keadilan, keinsafan,
kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Semua perbuatan keji , buruk dan 
jahat bukan sahaja dapat dilihat, dibenci oleh orang lain, malah dapat memberi 
kesusahan, kerugian, kecederaan atau penderitaan kepada orang lain.

Sumber : 
http://pustaka.upsi.edu.my/Document/RINGKASAN_PERANGAI_BERGANTUNG_KPD_DIRI_SENDIRI.pdf
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke