PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR Jumaat, 15 Jun 2012, selepas Solat Jumat di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang. Perarakan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSAMA KOMUNITI ROHINGYA pada hari Ahad, 17 Jun 2012. di Masjid Negara selepas solat Zuhur KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA HIMPUNAN SOLIDARITI UMAT ISLAM ROHINGYA JUMAAT INI 24 Rajab 1433 bersamaan 14 Jun 2012 Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan. LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital. Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha. LA DPPM menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya terhadap isu ini serta turut menyatakan bantahan tegas kerajaan terhadap kerajaan Myanmar. Kerajaan bertanggungjawab atas semangat ASEAN menyatakan bantahan agar kekejaman tidak lagi berlaku terhadap umat Islam di Myanmar. Atas semangat persaudaraan Islam ini, DPPM menyokong perhimpunan aman solidariti umat Islam Rohingya, Myanmar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 di depan kedutaan Myanmar, Jalan Ampang selepas Solat Jumat. Perarakan ini akan bermula dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat. DPPM menyeru umat Islam agar bersama-sama menyertainya. Selain itu, DPPM bersama SHURA dan MAPIM juga akan menganjurkan majlis solat Hajat Perdana bersama komuniti Rohingya pada hari Ahad, 17 Jun 2012. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara selepas solat Zuhur berjemaah di sana. Umat Islam turut diseru untuk bersama-sama dalam majlis ini. http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=835:himpunan-solidariti-umat-islam-rohingya-jumaat-ini&catid=37:kenyataan-media&Itemid=61

