SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama 
Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu 
yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. 
 
Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi 
rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani 
(Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. 
 
Sultan Zainal Abidin adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja Abdul 
Majid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahir di 
Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah ...'' 
 
Kalimat ini jelas berbicara tentang Melayu. Tafsirannya juga sama, jika kita 
menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa ``Raja 
atau pemimpin Melayu, yang tiada manfaat bagi bangsa Melayu, maka raja atau 
pemimpin itu adalah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, bangsanya sendiri.'' 
Daripada contoh di atas terbuktilah bahawa ulama perlu bijak dan `berbudi 
bahasa' dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat terhadap 
golongan tinggi seperti tersebut di atas. Sebaliknya umara (pemerintah) yang 
bijak perlu mendekati ulama ikhlas dan jujur.
 
Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
  
http://mgcgroup.blogspot.com/2012/01/sultan-zainal-abidin-iii-raja-berjiwa.html 

Kirim email ke