Apakah usaha dakwah dan kaunseling perlu diperhebatkan di seluruh Negeri 
Sembilan, khususnya di Gemencheh? Gemencheh sebelum ini digemparkan dengan kes 
pembunuhan Datuk Taha yang merupakan Speaker Dewan Undangan N.Sembilan oleh 
Datuk Mokhtar Hashim merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 
tahun 1982. Kemudian kes pembunuhan kejam empat sekeluarga oleh ahli keluarga 
sendiri pada tahun 2010. Kini anak pula mengelar leher ibu kandung sendiri juga 
di Gemencheh.
 
JUVANA, SEPUPU DIDAKWA 
Harian Metro 19 Jun 2012 
 
Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di 
sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher 
mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar 
Gemencheh, di sini, minggu lalu.
 
Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga 
tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, 
masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
 
Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu 
kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. 
dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap 
mangsa.
 
Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 
petang, 11 Jun lalu.
 
TRAGEDI GEMENCHEH BUKAN BARU
Kosmo 1 Okt 2010 
 
Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.
 
"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah 
syaitan-syaitan yang menyamar." 
 
Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai 
tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, 
Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di 
Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu. 
 
Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga 
datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut 
dibunuh. 
 
Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail 
hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di 
dada. 
 
Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan 
menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam 
Seksyen 21, Shah Alam. 
 
KES PEMBUNUHAN DATUK TAHA
 
Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan didapati 
bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk 
Mohamad Taha Talib.
 
Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan 
pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di 
rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi 
akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982.
 
Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung 
), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja 
sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar 
Hashim dibebaskan.
 
Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 
1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur 
hidup. 
 
Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda 
yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang 
menyiasat kes itu ialah Musa Hassan. 
 
Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu 
bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas 
menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. 
 
Rujukan :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Juvana_sepupudidakwa/Article/index_html
 
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
 
http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00774.pdf
 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Hashim 

Kirim email ke