Siapakah Sultan yang mengasihi ulama, dan sering membawa ulama ke mana-mana 
termasuk ke luar negara agar ulama tadi dapat menasihatkan baginda dalam setiap 
hal samada urusan peribadi atau pemerintahan? Baginda juga telah menulis 2 buah 
kitab agama. 
 
ANTARA sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang 
terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulama, bahkan 
ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang 
menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan 
Selangor dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulama. 
 
Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda merupakan 
Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, 
memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.
 
Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur 
Rahman al-Fathani dalam Selangor sendiri hinggalah ketika beliau satu ketika 
pergi ke luar negara (terutama ke London), ulama yang berasal dari Patani itu 
ikut bersama-sama dalam rombongan beliau. Peristiwa ini mencerminkan bahawa 
Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan 
dan keserasian antara umara dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah 
s.a.w. -
 
PENULISAN
 
1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan 1337 H/1919 M. Cetakan 
ketiga, Mathba'ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. 
Kandungan, setelah ``Pendahuluan'' oleh baginda sendiri, Rahman al-Fathani. 
Antara pandangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, ``Terlihatlah hamba yang daif 
atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor 
Maulana al-Mu'azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah ... Maka patut dijadikan 
pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya 
berkekalan manfaatnya istimewa pula ...'' Kandungan yang menjadi topik 
perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Pada halaman 25 terdapat gambar 
baginda sedang duduk di atas mimbar Masjid Alauddin dalam rangka membaca 
khutbah. 
 
2. Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan 
di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua 
Press, Klang, 1349 H/1930 M. Kandungan, antara kalimat baginda yang bersajak 
pada pendahuluan, ``... pada bicarakan ilmu tauhid pangkal agama Islam. Yang 
sangat hampir fahamnya dan mengertinya bagi segala awam. Dicadangkan dia bagi 
mereka yang berkehendak kemenangan lama. Daripada kanak-kanak yang baharu 
belajar di dalam sekolah agama ...'' Pada halaman 27 terdapat satu judul yang 
agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis 
dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. 
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive
 

Kirim email ke