Masih Tiada Bekalan Elektrik Walaupun Bukan di Pendalaman Sarawak . Aduan Rakyat , 21 Jun 2012 - Saya hairan sekali mengapa Kampung Sungai Pinang, Jerok & Sungai Tapang Simunjan di langkau tanpa ada bekalan elektrik? Adakah kerana kami, penduduk2 kampung terlalu baik sampai Kerajaan memberi keutamaan kepada Kampung2 lain yang selalu mengundi pembangkang? Kebanyakkan yg mengundi pembangkang di utamakan. Abok, Telagus, Nyelitak etc.. semuanya pengundi parti pembangkang. Tetapi mereka sekarang dah senang lenang dapat menikmati bekalan elektrik 24jam. Bill elektrik lagi murah berbanding membeli minyak ron95 tiap2 minggu kerana memakai generator. Adakah ini taktik memancing undi? Saya rasa tak puas hati, kerana kampung kami (Sungai Pinang) bukannya pendalaman. Lagipun dekat kampung kami adalah stesen penternakan (Jabatan Pertanian). Dulu ada biri2, sekarang tinggal rusa. Bila lagi nak merasa bekalan elektrik 24jam? Minyak makin lama makin naik dan membebankan. Setakat bagi generator memang tak berbaloi. Baru setahun dah rosak. Janganlah pihak terbabit mengambil kesempatan terhadap penduduk yang baik hati sampai orang lain didahulukan. Bagilah orang-orang yang duduk kampung merasa bekalan elektrik sebelum ajal mereka sampai. Bosan dengan taktik sekarang memancing undi. Sekian… By: Mira Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/masih-tiada-bekalan-elektrik-walaupun-bukan-di-pendalaman-sarawak#more-15515

