21 Jun 2012 - Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja 
dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, 
Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.
 
Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan 
itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) 
yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.
 
Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota 
yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.
 
Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan 
kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.
 
"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala 
mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.
 
Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga 
Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama 
beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.
 
Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain 
luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.
 
Sumber berita : http://malaysiakini.com/news/201506 
 
Sumber foto : 
http://lailagmi.blogspot.com/2009/01/ucapan-obama-untuk-menteri-dalam.html 

Kirim email ke