Samun depan lif , 24 Jun 2012 - KUALA
LUMPUR: Seorang wanita berusia lewat 20-an bukan saja rugi hampir
RM1,000, malah turut cedera di kepala selepas bergelut dengan seorang
lelaki bersenjatakan pisau di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di
sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa
menunggu lif untuk ke tempat letak kereta di tingkat empat premis
berkenaan kerana mahu pulang.
Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa
yang sendirian kemudian dihampiri seorang lelaki berusia lewat 20-an
sebelum cuba merampas beg tangannya.
Menurut sumber, terkejut dengan
tindakan itu, wanita terbabit cuba mempertahankan beg tangannya,
menyebabkan berlaku pergelutan.
“Suspek yang berang mencederakan
mangsa dengan pisau sebelum melarikan beg tangan mangsa mengandungi
telefon bimbit dan wang tunai bernilai hampir RM1,000,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang tercedera
di kepala ditemui terbaring di depan lif oleh orang awam, 10 minit
kemudian.

“Orang ramai kemudian melaporkan
kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum mangsa diberikan
rawatan awal,” katanya.
Mangsa dibawa ke hospital berhampiran
untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis
Brickfields di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. 

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields,
Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Rashid ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan.

http://www.hmetro.com.my/articles/2012062405582920120624055829/Article/artikelMA
 

Kirim email ke