Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia
ini bekerja dalam keadaan stres atau tekanan yang melampau
lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran
memantau guru-guru di sekolah. NUTP mengulas mengenai kes kanak-kanak
5 tahun yang meninggal dunia setelah ibunya seorang guru sekolah
terlupa anaknya tertinggal dalam kenderaan kerana tergesa-gesa
mengejar waktu kerana nazir Kementerian Pelajaran akan membuat
pemantauan pada hari kejadian.

NUTP: Teachers under huge pressure to
deliver 
23 June 2012

STRAIN: ’Stress levels shoot up
during invigilations to assess performance’ 

JOHOR BARU: Their stress levels were
most apparent when they knew of invigilators or inspectorates turning
up to assess their performance, she added.
Lok was commenting on the case of a
teacher who had forgotten about leaving her 5-year-old son alone in
her MPV for more than six hours on Wednesday. The boy died.
A friend of the boy's parents had said
the mother was under tremendous pressure on the day of the incident
as Education Ministry officials were at the school to observe
teachers in the classrooms.
"I have experienced such pressure
before, and I know teachers get stressed when officials come to their
school to evaluate their performance.
"The pressure is such that some of
them cannot sleep for two or three nights. Others even get distracted
while driving and they don't know where they end up in."
She said many teachers wanted to give
their full commitment at work and this might cause them to sacrifice
their commitment for family and affect their wellbeing.
http://www.nst.com.my/nation/general/nutp-teachers-under-huge-pressure-to-deliver-1.97243
 

Budak 5 tahun mati dalam kereta ibu
21 Jun 2012 

JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah
rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun
tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta
selama beberapa jam.

Menurut sumber polis, guru yang
mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman
Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke
salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan
untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk
mengimbas kad perakam waktu.

“Selepas itu dia terlupa yang anaknya
ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya
kira-kira lima jam kemudian.

“Wanita itu bergegas ke keretanya
kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring
tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital
Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal
dunia.

Usaha wartawan Sinar Harian untuk
menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu
bual.

Sumber polis turut mengesahkan kejadian
berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/budak-5-tahun-mati-dalam-kereta-ibu-1.58661
 

Kirim email ke